Want your
own Fotopage?





















 
Nor Azura Zakaria

By: nor azura zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Mar-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Gatdering Nur Hidayah Kali Ke - 2

Atuk
Atuk + Winamp
Atuk + Zul
Zul ngan Shima
Winamp
Angah
Kak Faz
Kak Faz lagi..nie soranglah
Nielah wani Sec no 3
Muja ngan Kak faz
Muja ngan wani...wani tengah tension apa tue
Shima lagi
Shima tengah khusyuk menulis autograph
semua orang
Muja ngan kak faz
Tajuk : Gathering Kecil Kali Ke-2 Warga Nurhidayah.com
Tarikh : 23hb Mac 2005 (bersamaan 11 Safar 1426H)
Tempat : TomYam Corner. Kampung Baru. Kuala Lumpur
Kehadiran : 8 Orang
Muslimim : Atok (Why Zed), Angah/Pakcik (Ndeliza), Zul (Amr) & Mr. Dot (Winamp)
Muslimat : Wani (Aqilah Alwani), Muja (Mujahadah), Shima (Kayu Manis) & Kak Faz (Kapallayar)


Assalamualaikum

Gathering Kedua Warga Nurhidayah.com telah diadakan sebulan selepas gath pertama yang lalu. Berikut adalah kesimpulan dari pertemuan kami.

Seperti yang telah dirancang, sesiapa yang ingin datang akan menanti yang lain di STESEN LRT Kampung Baru… Sekali lagi Atok menjadi orang yang paling awal sampai… di Tom Yam corner…atuk sampai kat situ tepat jam 5.45….yang lain masih lagi dalam perjalanan…

Orang yang kedua sampai kat situ adalah zul, shima ngan muja..pada mulanya…muja tunggu east ngan syna…tapi muja tahu disaat akhir east ngan syna rupanya tak dapat datang….takpelah…lain kali joinlah ..kami sampai dalam 6.10 petang.

Wani tunggu win kat KL Sentral..sebab win tak tahu nak pegi ke Kg Baru…Wani dari subang win dari Shah Alam.diorang jumpa kat kat KL Central untuk ke Kg. Baru

Kak Faz pula dari opisnya…Kak Faz dah janji ngan wani dan win jumpa kat Stesen LRT Kg. Baru untuk ke Restoran Tom Yom Corner tue….diorang bertiga sampai dalam pukul 6.30 petang

Angah pulak dari tempat keje dialah…dia soranglah kami tak tahu no contactnya… confident je dia…kenal kami semua…sampai-sampai je..atuk yek..dia tegur…rupanya dia dah kenal atuk..tak jadi masalah untuk dia cari…angah sampai dalam pukul 6.25 petang

Kiranya semua dapat berkumpul 6.30…setiap yang datang tue kenalah perkenalkan diri…kat atuk..em..macam muja, kak faz ngan win atuk dah kenal..so dia tak tanyalah….shima…atuk stil panggil dia manis..atuk kata tak boleh nak panggil shima..mesti nak panggil nama nick kat Nurhidayah….zul pulak..memang atuk panggil zul lah…wanii…pun samalah….dan angah kalau tak silap tuk panggil deli…tapi kami panggil dia angahlah…secara kesimpulannya atuk dah kenallah jugak secretary dia no.3 iaitu wani…..

Kami semua decide nak makan yang tak perlu untuk di order…semua pilih menu masing-masinglah….ada yang makan masakan panas…ada yang makan makanan kelate…em..sebab kat situ makanan kelate…atuk ngan laksam dia…maybe atuk dah lama tak makan laksam kut…muja ajar wani makan lompat tikam…kuih tradisional…orang pantai timur….zul, angah, muja ngan wani makan nasi campur…lauk kelatelah yek….shima ngan kak faz diaroang makan makanan masakan panas…win pulak ngan nasi ayam dia…tuelah menu yang kami makan….

Dah habis makan waktu magrib dah masuk..kami semua pegi solat kat surau al-hikmah…tak dapat nak ke masjid Kg. Baru sebab hujan…masa kami semua sampai tadi pun hujan….dah habis solat berkumpul lagi sekali…time nie pilih tempat tak ramai orang sikit.. sebab senang untuk bertazkirah….seperti biasalah atuk yang bagi tazkirah kat kitaorang semua… atuk nasihatkan kalau masuk kat nurhidayah….janganlah bawak topic yang berat-berat sebab…tak semua orang boleh terima… dan jangan bawak topic yang boleh mengelirukan orang… sebab takut bawa bahaya pada mereka yang masih belum punyai asas untuk tue…atuk cadangkan kita semua bincang topic untuk mengukuhkan lagi asas islam kita…..atuk kata kita kene tukar nama room tue…room level basic, level intermediate dan high level lah…s o sape nak bincang… yang high level masuk lah yang high level…. …selain tue ada jugak bincang orang yang wat kacau kat situ..em…maybe ada moderater yang boleh kick orang yang cakap benda tak elok kat situ….nie untuk menjaga nama baik portal nurhidayah sebenarnya…..atuk jugak ada nasihatkan pada yang kerjalah….bila dah habis keje barulah join chat kat situ…kene pandaikan bahagikan masalah..jangan dok chat kat situ..sampai keje tak siap…kalau tension keje lehlah masuk untuk release tension….selain tue…niat kita biar betul masuk situ kerana apa…setiap orang masuk situ ada niat masing-masing..tapi tujuan utama adalah utuk mencari ilmu dan berkongsi ilmu yang kita ada.

Last sekali sesi bergambar dan sesi autograph em…yang bawak buku untnuk autograph kak faz ngan win…semua orang kene tulis kat buku diorang sebagai tanda kenangan…selain tue… kami dapat souviner dari shima & zul…dan dari angah….em..terima kasih kat angah, shima & zul bagi kitaorang souvenir dan atuk pulak 2 kali belanja kitaorang.. sekali time makan kat Tom Yam corner dan..kali kedua minum kat kedai apa entah…tak tahu nama dia jazakilah semua yek….terima kasih jugak pada yang sudi datang gathering bersama atuk nie…atuk nak jumpa 2 orang secretary dia iaitu Lis ngan Haza… ….Jazakillah lagi sekali …..


Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat.....
dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat
& tidak menghargai sahabat.....


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Mon 28-Mar-2005 04:29
Posted by:hanim sis2hanim@yahoo.com
Thu 31-Mar-2005 04:12
Posted by:hanim sis2hanim@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.