Want your
own Fotopage?





















 
Nor Azura Zakaria

By: nor azura zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Feb-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Gatdering Nur Hidayah

Orang Kuat menjayakan Gatdering ( Whyzed-atuk + abunur-dato')
dato' tergelak he..he..
menjamu selera atuk belanja semua orang
tengah makan
Posing sambil makan..he..he..
tengah makan dengan khusyuk
Abunur,adik win, winamp & Whyezed
Syna, Nurzurayanie & Kak Faz(kapallayar)
Nurzurayanie,Kak Faz(kapallayar) & zura(mujahadah)
semua....sebelum balik
semua lepas makan....
Assalamualaikum semua warga al hidayah.Alhamdulillah Ijtima'(perjumpaan) pertama warga al hidayah telah berjaya diadakan pada 14 Muharam 1426, bersamaan 23 hb Februari 2005,bertempat di KL Sentral yg telah dihadiri oleh Whyzed(atuk),abunur,Mujahadah,Nur,winap,kapallayar,syna,dan adik winap, bersama2 ne abu coretkan sedikit kenangan manis pertemuan ne utk tatapan sahabat2 semua.

whyzed (atuk) sampai lebih krg kul 5.45 ptg, orgnya segak dan masih muda lagi, walaupun telah mendpt gelaran atuk di hidayah, berasal drp Besut Tranung kite, tp menetap dan berkerja di alor staq kedah, seorg yg ceria dan peramah, tak kering drp nasihat dan motivasi.

winap mr.dot....sampai lebih krg 6 ptg, seorg yg kecil molek,sebaya mungkin dgn tajdid, juga memiliki perwatakan yg ceria dan periang, sudah bekerja, berasal daripada baling kedah.

mujahadah - cek mek molek kelante,sampai lebih krg 6.10 ptg periang dan mudah bergaul,yg penting org kuat disebalik kejayaan mengadakan pertemuan ini, berpotensi utk maju,mempunyai sikap ingin tahu utk menambah ilmu pengetahuan.

nur - hadir bersama muja,seorg yg pendiam, tp.......tak lokek drp sedekah (senyum),wajar mendpt gelaran srikandi al hidayah, atas jihad & pergorbanan yg telah diberikan sehingga sanggup hadir perjumpaan ini,walaupun..........berada jauh di perak.semoga Allah mencatatkan amal soleh dan membalas semua penat lelah yg telah digunakan utk hadir pada program ini.

syna - sampai lebih kurang 6.30 ptg, tak byk yg dapat dicungkil drp gadis ini yang byk tersenyum juga,dan tidak lama lagi akan meninggalkan menara gading utk mencuba di alam pekerjaan pula, memandangkan tidak lama lagi akan menamatkan pengajiannya di Universiti.

kapallayar @ kak Faz - akan terlewat juga sampai lebih krg 6.45 ptg,ataupun kami yg tercepat.....seorg yg peramah,mudah bergaul serta cepat mesra, mampu menghidupkan majlis ditambah dgn kelebihan yg dimiliki sbg serorg fasilator.berasal drp penang anak mami kut, namun begitu famili sudah disini (KL).

haza,wani & east - menarik diri disaat2 akhir memandangkan ada perkara yg lebih penting terpaksa mereka utamakan dulu. andaikata mrk hadir pada hari tersebut, Fuh! mesti gempak habih punya..........sure heboh kat chat room hidayah......diharapkan pada masa hadapan mrk dapat hadir bersama sama.

setelah berbincang cara ringkas & taaruf ala kadar, kami pun makan & minumlah, walaupun ianya jamuan ringan, tp........makanan yg disaji berat juga...hmmmmm tp abunur tak cetalah dlm ne, takut nko meleleh airliur pula........heheheheh kalau nak tahu tanyalah mrk semua...namun begitu, bukanlah makan minum yg menjadi matlamat perjumpaan itu melainkan utk merapatkan ukhuwah fillah yang dicetuskan daripada perbincangan di 'chat room' saban hari.

Namun begitu kerancakkan majlis tersebut sedikit terganggu oleh bunyi bising drp TV
yg ditempatkan diruangan makan tersebut, kadang2 perbincangan kami hilang begitu saja.
Pada dasarnya majlis tersebut telah berjaya dan menepati dgn matlamat yg diharapkan.Dan sepanjang majlis tersebut atuk seringkali mengingatkan agar menjadikan chat room itu sbg satu medan yg baik utk menjana minda dan meramaikan sahabat kenalan dan jalinan ukhuwah fillah. jauhkan drp perselisihan dan persengketaan lantaran terbit drp perbezaan pendapat ketika berdiskusi, abu teringatkan pesanan Imam As syahid Hassan Al Banna,ikhwanul mesir,katanya kita bersepakat dlm perkara yg dipersetujui dan.........kita berlapang dada dlm perkara yg kita perselisihkan, dan bertetapan pula dgn firman Allah yg yg mahfumnya berbunyi, berpegang teguhlah kamu dgn tali Allah (agama islam) dan janganlah kamu berpecah belah....

kadang2 atuk menceritakan juga gelagat yg ada dichat room, terutama bila menceritakan Aqih yg menulis, control manchonya, ketika juga kami semua ketawa, tentulah lebih menarik lagi bila tulisan itu menjadi ungkapan yg sebenarnya, yg dpt dilakunkan oleh aqih sendiri secara 'live', mungkin betui juga dia memang boleh kawal manchonya....kita tunggu saat itu nanti.
begitu juga atuk sentuh ttg sikap winap yg suka tulis dot dot.......................yg byk tu,sekali lagi kami ketawa,alangkah indahnya kalau kita dpt bertemu dgn lain2 karektor spt yg suka menambah perkataan maaaaaaa setiap tulisannya.

Walaupun didlm pertemuan itu, kami memperkenalkan nama ori masing2, tapi ....seolah2 ada hijab atau jangkal pula rasanya bila dipanggil nama ori tu, rupanya terdpt kemesraan bila gunakan nama dichat room tu, kami ketawa lagi bila atuk terus nak memanggil kak faz dgn kapallayar.....ehehehe begitu juga dgn nama muja ..........seolah2 kami lebih selesa memanggil dgn namanya itu, bahkan panggilan itu tak melambangkan pula bahwa itulah pertemuan yg pertama kali buat kami semua,

ah! terlalu pjg pula coretan abu ne,mohon maaflah krn abu bknlah seorg penulis yg baik ataupun penulis novel, mungkin agak berterabutlah susunan ayat maupun cetanya ataupun tidak tersusun apa yg ingin abu sampaikan......terimalah seadanya, walaupun yg hadir pada hari itu, semuanya baru habih keja dipejabat, namun begitu kepenatan dgn tugas dipejabat bukanlah penghalang utk memeriahkan majlis tersebut, bahkan yg dtg jauh pun, hilang rasanya penatnya bila dpt hadir majlis ne............motivasilah sikit kat nko org...........

majlis diteruskan pula dgn sessi bergambar yg dikendalikan oleh muja....agar saat2 indah ini dpt dikongsi bersama dgn sahabat2 hidayah yg lain, lebih2 lagi buat wani,east dan haza.....ketika itu masa sudah pun masuk waktu maghrib, kami pun teruskan menunaikan solat di surau KL sentral, sementara menunggu kami tu, atuk pun pusing2 lah cari coklat buat kami sbg buah tangan/kenangan atas pertemuan itu............

saat perpisahan pun tiba, walaupun terasa sekejap sahaja pertemuan tersebut, namun begitu kami tetap berpuashati dgn masa yg ada itu, atuk dan abu pun meninggalkan KL Sentral menuju destinasi masing2, rupa2nya...........muja dan yg lain masih meneruskan pertemuan tersebut di KFC pula......ehehehe rugi pula abu.....diorg tak pelawa pun..tak apa tak apa, gurau je.......abu memang terpaksa pulang juga, memandangkan ada hal lain yg perlu diuruskan.

akhir sekali, abu mewakili sahabat2 lain, ingin merakamkan terimakasih yg tidak terhingga, atas kesudian atuk utk bertemu kami semua, begitu juga sahabat2 lain yg telah meluangkan masa utk majlis ini, sekalung tahniah abu ucapkan kpd muja, wani diatas perancangan yg telah disusunnya, hingga terjadi majlis ini, walaupun agak singkat masa yg ada, namun begitu tetap berjalan spt yg dirancangkan. Dan..........abu juga mewakili sahabat2 yg lain memohon maaf diatas promosi yg agak terbatas, yg memungkin ada sahabat2 yg ingin turut serta, tp sayangnya maklumat tersebut tidak sampai atau mengetahuinya disaat2 akhir, Moga email ini dpt mengubat kekecewaan itu, dan tanda mohon maaf kami krg kegagalan itu, percayalah.........sesuatu yg terjadi itu pasti tersembunyi hikmah disebaliknya. Diharapkan pada masa akan datang, lebih teratur dan mendapat penglibatan yg lebih ramai utk menjayakannya. Akhir kalam, abu mohon maaflah atas email yg pjg lebar ne, mungkin sedikit menjejaskan tugas harian anda semua utk membacanya, dan diharapkan dpt dipanjangkan kpd semua sahabat2 hidayah yg lain. Agar mrk mengetahui ada usaha2 utk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Insya Allah. Yang baik itu sudah semestinya drp Allah, yg lemah dan silap tu drp abu, moga Allah mengampunkan dosa dan anda semua memaafkannya. wallahu'alam.


-hasil laporan-
abunur(dato')

Assalamualaikum....
rasa mmg rugi x mai gath ni... kalo x dpt jumpa atok, abu, nur, muja kak kapal n win... tpp keje mmerlukan ku.... 0) hihihi... aper2 po tahniah sebab berjaya.... InsyaALLAH laen kali boleh ler kiter jumpa lagi......
Wed 2-Mar-2005 04:04
Posted by:Wani
nice set Sat 5-Mar-2005 03:10
Posted by:~farah~  - [Link]
great! best dapat buat gathering Thu 10-Mar-2005 04:13
Posted by:Rafi rafi@streamyx.com  - [Link]
next gathering akak tak nak miss lagi.... best la korang! apa nak buat, korang tengah sedap2 makan tu, akak lak terpaksa peningkan kepala belajar kat kelas...... apa nak buat, nasib badan.... Fri 11-Mar-2005 06:30
Posted by:kak Zatie
great!!!!! kena tubuh persatuan.kena lantik ketua.. Sun 13-Mar-2005 02:27
Posted by:hanim sis2hanim@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.